Skip to main content

Di Pagi Ramadhan

7.00 pagi (Sabtu) - Hantar anak ke sekolah kerana kelas tambahan. Maklumlah nak ambil SPM tahun ni. Memangla liat sikit nak hantar , macam nak suruh dia naik bas sendiri je. Dalam perjalanan , terpandang sebuah pasar raya yang bersiap-siap untuk dibuka. Dalam hati ini, "Wah! awal nya bukak". Boleh la singgah sebentar selepas hantar anak nanti.

7.30 pagi - Kawasan yang masih lengang, tiada kenderaan yang banyak membolehkan aku meletakkan kenderaan dengan mudah. Selalunya tempat ini memang sibuk sedikit. Sebelum masuk ke pasar raya tersebut , banyak yang aku fikirkan tentang apa yang perlu di cari nanti. Susu anak ... dah nak dekat habis , pampers dan beras. "Kalau murah bolehla beli, kalau tak beli tempat lain jer" dalam hati. Ketika aku meninjau-ninjau barang-barang yang aku perlukan ,kedengaran surah Yasin berkumandang. Aku pastikan ianya memang dari dalam pasaraya tersebut. Terasa sungguh syahdu , di pagi bulan Ramadhan terus menusuk menusuk halwa telinga. "Pasaraya ni dahla orang asing (ISLAM) yang punya , tetapi mampu memasang ayat-ayat AL-QURAN , Memang HEBAT" . Ini memang aku tabik , orang Melayu pun jarang-jarang yang buat macam ni.

Memang terasa aman membeli belah di sini, harga yang berpatutan. Lalu aku beli 7 paket susu dan drypers. Terasa berbaloi . Aku keluar dengan tersenyum puas . Semoga amalan-amalan di Bulan Ramadhan ini akan menjadi bertambah dan berkat.

Comments

Popular posts from this blog

Tatkala Menjelang Hari Raya 2009

Esok diri ini bersama keluarga akan pulang ke kampung, hari ini diri ini telah menghubungi emak dikampung bertanyakan khabar. Alhamdulillah , semuanya sihat-sihat belaka. Ayah dah mula untuk menggoreng kacang bagi keperluan hari raya nanti. Tatkala diri ini masih masih di pejebat, tidak banyak benda yang perlu dibuat kerana semua orang dalam "mood" hari raya. Kalau tidak kerana anak-anak yang bersekolah sehingga hari Jumaat ini, sudah tentu awal-awal lagi diri ini dah angkat kaki balik kampung. Tiba-tiba diri ini teringatkan seorang yang insan yang dah lama diri ini tidak menjenguk, ada ramai sebenarnya tetapi diri ini akan mengingatkan insan ini bila tiba bulan Ramadhan dan Hari Raya. Tak tahu kenapa. Pantas jari-jari ini menaip diruangan google "melayu okinawa". Oh... rupanya masih seperti dulu... , anak-anaknya pun sudah besar-besar dan telah masuk ke alam pekerjaan. Entahlah , tak tahu dia masih ingat tak kat diri ini. Diri ini melihat lembaran demi lembaran di

Mengejar Awan yang Berlalu

Semalam bila diri ini memandang ke langit biru, terpandang kepada sekumpulan awan yang berlalu. Lantas diri ini teringat bagaimana awan-awan ini pernah melintas di hati ini suatu masa dahulu. Dahulu diri ini hanyalah sebagai insan yang biasa. Pernah terpesona dengan awan-awan ini yang berarak berkumpulan bagaikan memberikan perlindungan kepada insan-insan yang bergerak di bawahnya. Entah macam mana diri ini terasa seperti ada awan yang sentiasa memerhatikan dengan rasa kasih sayang. Entah macam mana terasa awan ini memanggil awan-awan yang lain supaya melindungi diri ini daripada kepanasan panahan cahaya matahari. Terasa dingin , nyaman dan rasa dilindungi. Hari ini , diri ini masih melihat awan yang sama ... tetapi dari jauh. Jauh disudut hati ini. Memerhatikan awan ini berarak ... entah esok diri ini masih dapat melihat kelibat awan ini atau tidak. Bagaimana kalau si awan ini dapat merasakan dirinya diperhatikan ? Mungkin ia akan hilang lagi... sepertimana ia hilang dimasa yang lalu

Motivasi Pagi

Pagi-pagi lagi kaki ini melangkah laju menuju ke dewan makan. Pagi ni apalah agaknya juadah yang disediakan. Mungkin mee goreng atau nasi lemak. Apa-apa pun rezeki jangan ditolak. Maklumlah hidup sebagai penuntut kena berdikari.  Sambil aku berjalan sambil mengelamun. Apalah yang aku fikirkan. Tidak sedar gelagat ku diperhatikan oleh sepasang mata. Kakiku masih lagi melangkah laju.  Setibanya aku di kaki tangga ke dewan makan, mata ku meliar ke koperasi kolej. Belum buka lagi rupanya. Entah apa yang aku cari, tiba-tiba terhenti di situ. Mungkin aku mencari kelibat seseorang. Seseorang yang boleh memberikan aku motivasi dipagi hari.  Manalah si jantung hati. Saban pagi aku berharap berjumpa dengannya. Tiba-tiba hatiku berdetik, tahukah dia yang aku sedang memperhatikannya. Ataupun aku yang selalu mencarinya.. Semoga dia sentiasa berada disisi walau dimana jua. ..Aamiiiin.