Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Di Pagi Ramadhan

7.00 pagi (Sabtu) - Hantar anak ke sekolah kerana kelas tambahan. Maklumlah nak ambil SPM tahun ni. Memangla liat sikit nak hantar , macam nak suruh dia naik bas sendiri je. Dalam perjalanan , terpandang sebuah pasar raya yang bersiap-siap untuk dibuka. Dalam hati ini, "Wah! awal nya bukak". Boleh la singgah sebentar selepas hantar anak nanti. 7.30 pagi - Kawasan yang masih lengang, tiada kenderaan yang banyak membolehkan aku meletakkan kenderaan dengan mudah. Selalunya tempat ini memang sibuk sedikit. Sebelum masuk ke pasar raya tersebut , banyak yang aku fikirkan tentang apa yang perlu di cari nanti. Susu anak ... dah nak dekat habis , pampers dan beras. "Kalau murah bolehla beli, kalau tak beli tempat lain jer" dalam hati. Ketika aku meninjau-ninjau barang-barang yang aku perlukan ,kedengaran surah Yasin berkumandang. Aku pastikan ianya memang dari dalam pasaraya tersebut. Terasa sungguh syahdu , di pagi bulan Ramadhan terus menusuk menusuk halwa telinga. &