
Kenapa meniti titian? Banyak maksud yang boleh di diperjelaskan di sini. Banyak jawapan tetapi dengan satu tujuan.
Hari ini, blog semakin menjadi-jadi , tidak kira tua atau muda semuanya tergila-gilakan blog. Menjadikan blog adalah satu "tools" utama masakini untuk berkomunikasi atau satu talian bagi menghubungkan orang luar atau rakan-rakan yang entah di mana.
Dari kecil ... ke sekolah rendah .... kemudian sekolah menengah ... seterusnya ke universiti dan tidak kurang juga mereka-mereka yang dah lama tidak jumpa akibat dari perpindahan tempat tinggal ataupun tempat kerja.
Kalau tidak masakan anak sekolah baru Tingkatan 3 , sudah memikirkan untuk memiliki blog sendiri . Ataupun diri ini sudah ketinggalan zaman, ataupun anak-anak sekarang sudah lebih "advance".
Blog ini akan jadikan diri ini sebagai satu laluan untuk meniti titian bagi hari-hari yang mendatang. Bukan masa untuk diri ini berbangga kepada pencapaian diri ini , terlampau ramai insan-insan yang berjaya diluar sana sehinggakan diri ini tidak dapat lagi mencemburui mereka-mereka ini. Blog ini cuma ruangan untuk memberikan sedikit luahan yang kadang-kadang tidak dapat diluahkan di mana-mana dan sedikit perkongsian untuk kegunaan bersama.
Diri ini berharap kawan-kawan diluar sana dapat memahami dan berkongsi segala maklumat dengan ikhlas dan jujur.
Diri ini berharap kawan-kawan diluar sana dapat memahami dan berkongsi segala maklumat dengan ikhlas dan jujur.
Comments
Post a Comment