Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Mengejar Awan yang Berlalu

Semalam bila diri ini memandang ke langit biru, terpandang kepada sekumpulan awan yang berlalu. Lantas diri ini teringat bagaimana awan-awan ini pernah melintas di hati ini suatu masa dahulu. Dahulu diri ini hanyalah sebagai insan yang biasa. Pernah terpesona dengan awan-awan ini yang berarak berkumpulan bagaikan memberikan perlindungan kepada insan-insan yang bergerak di bawahnya. Entah macam mana diri ini terasa seperti ada awan yang sentiasa memerhatikan dengan rasa kasih sayang. Entah macam mana terasa awan ini memanggil awan-awan yang lain supaya melindungi diri ini daripada kepanasan panahan cahaya matahari. Terasa dingin , nyaman dan rasa dilindungi. Hari ini , diri ini masih melihat awan yang sama ... tetapi dari jauh. Jauh disudut hati ini. Memerhatikan awan ini berarak ... entah esok diri ini masih dapat melihat kelibat awan ini atau tidak. Bagaimana kalau si awan ini dapat merasakan dirinya diperhatikan ? Mungkin ia akan hilang lagi... sepertimana ia hilang dimasa yang lalu

Tatkala Menjelang Hari Raya 2009

Esok diri ini bersama keluarga akan pulang ke kampung, hari ini diri ini telah menghubungi emak dikampung bertanyakan khabar. Alhamdulillah , semuanya sihat-sihat belaka. Ayah dah mula untuk menggoreng kacang bagi keperluan hari raya nanti. Tatkala diri ini masih masih di pejebat, tidak banyak benda yang perlu dibuat kerana semua orang dalam "mood" hari raya. Kalau tidak kerana anak-anak yang bersekolah sehingga hari Jumaat ini, sudah tentu awal-awal lagi diri ini dah angkat kaki balik kampung. Tiba-tiba diri ini teringatkan seorang yang insan yang dah lama diri ini tidak menjenguk, ada ramai sebenarnya tetapi diri ini akan mengingatkan insan ini bila tiba bulan Ramadhan dan Hari Raya. Tak tahu kenapa. Pantas jari-jari ini menaip diruangan google "melayu okinawa". Oh... rupanya masih seperti dulu... , anak-anaknya pun sudah besar-besar dan telah masuk ke alam pekerjaan. Entahlah , tak tahu dia masih ingat tak kat diri ini. Diri ini melihat lembaran demi lembaran di

Hari Pertama dengan Blog

Hari pertama dengan blog!!! Kenapa dengan blog ? Ada apa dengan blog ? Kalau tanya kawan-kawan yang dah lebih "senior" , apa yang ada pada blog? Mereka akan kata .... macam-macam ada. Nak belajar semua dalam masa satu hari ... susah lah sikit. Kena banyak "search" info , kena banyak tengok orang lain punya blog. Banyak bersabar ... Pengalaman pertama, memang macam tu, kejap-kejap tanya. Kejap-kejap tanya. Macam mana nak buat tu , macam mana nak buat ni, macam mana nak masuk gambar. Nak masuk gambar sendiri pun kena tanya lagi. Macam -macam tanya ... nak buat "link" lah , kenapa takder orang bagi "comment" lah, nak tukar "templates" dan macam mana tu dan ini. Nasib baik lah yang diri ini tanya kat "senior" yang tabah. Katanya lagi "blog ni sebenarnya tempat untuk meluahkan apa yang tak boleh diluahkan di luar". Pening kepala untuk memikirkan , apakah konsep , gambar dan idea yang akan dimasukkan didalam blog ini

Meniti Titian - perjalanan yang masih panjang ?

Kenapa meniti titian? Banyak maksud yang boleh di diperjelaskan di sini. Banyak jawapan tetapi dengan satu tujuan. Hari ini, blog semakin menjadi-jadi , tidak kira tua atau muda semuanya tergila-gilakan blog. Menjadikan blog adalah satu "tools" utama masakini untuk berkomunikasi atau satu talian bagi menghubungkan orang luar atau rakan-rakan yang entah di mana. Dari kecil ... ke sekolah rendah .... kemudian sekolah menengah ... seterusnya ke universiti dan tidak kurang juga mereka-mereka yang dah lama tidak jumpa akibat dari perpindahan tempat tinggal ataupun tempat kerja. Kalau tidak masakan anak sekolah baru Tingkatan 3 , sudah memikirkan untuk memiliki blog sendiri . Ataupun diri ini sudah ketinggalan zaman, ataupun anak-anak sekarang sudah lebih "advance". Blog ini akan jadikan diri ini sebagai satu laluan untuk meniti titian bagi hari-hari yang mendatang. Bukan masa untuk diri ini berbangga kepada pencapaian diri ini , terlampau ramai insan-insan yang ber