
Hari pertama dengan blog!!! Kenapa dengan blog ? Ada apa dengan blog ?
Kalau tanya kawan-kawan yang dah lebih "senior" , apa yang ada pada blog? Mereka akan kata .... macam-macam ada. Nak belajar semua dalam masa satu hari ... susah lah sikit. Kena banyak "search" info , kena banyak tengok orang lain punya blog. Banyak bersabar ...
Pengalaman pertama, memang macam tu, kejap-kejap tanya. Kejap-kejap tanya. Macam mana nak buat tu , macam mana nak buat ni, macam mana nak masuk gambar. Nak masuk gambar sendiri pun kena tanya lagi. Macam -macam tanya ... nak buat "link" lah , kenapa takder orang bagi "comment" lah, nak tukar "templates" dan macam mana tu dan ini. Nasib baik lah yang diri ini tanya kat "senior" yang tabah. Katanya lagi "blog ni sebenarnya tempat untuk meluahkan apa yang tak boleh diluahkan di luar".
Pening kepala untuk memikirkan , apakah konsep , gambar dan idea yang akan dimasukkan didalam blog ini
Diri ini merasakan bahawa mereka-mereka yang diluar sana yang dapat menghasilkan blog menarik adalah seorang insan yang penyabar dan tahap kreativiti yang tertinggi. Terima kasih kepada semua yang membantu diri ini menghasilkan blog ini walaupun tak seberapa.
Comments
Post a Comment