Pagi-pagi lagi kaki ini melangkah laju menuju ke dewan makan. Pagi ni apalah agaknya juadah yang disediakan. Mungkin mee goreng atau nasi lemak. Apa-apa pun rezeki jangan ditolak. Maklumlah hidup sebagai penuntut kena berdikari. Sambil aku berjalan sambil mengelamun. Apalah yang aku fikirkan. Tidak sedar gelagat ku diperhatikan oleh sepasang mata. Kakiku masih lagi melangkah laju. Setibanya aku di kaki tangga ke dewan makan, mata ku meliar ke koperasi kolej. Belum buka lagi rupanya. Entah apa yang aku cari, tiba-tiba terhenti di situ. Mungkin aku mencari kelibat seseorang. Seseorang yang boleh memberikan aku motivasi dipagi hari. Manalah si jantung hati. Saban pagi aku berharap berjumpa dengannya. Tiba-tiba hatiku berdetik, tahukah dia yang aku sedang memperhatikannya. Ataupun aku yang selalu mencarinya.. Semoga dia sentiasa berada disisi walau dimana jua. ..Aamiiiin.
7.00 pagi (Sabtu) - Hantar anak ke sekolah kerana kelas tambahan. Maklumlah nak ambil SPM tahun ni. Memangla liat sikit nak hantar , macam nak suruh dia naik bas sendiri je. Dalam perjalanan , terpandang sebuah pasar raya yang bersiap-siap untuk dibuka. Dalam hati ini, "Wah! awal nya bukak". Boleh la singgah sebentar selepas hantar anak nanti.
7.30 pagi - Kawasan yang masih lengang, tiada kenderaan yang banyak membolehkan aku meletakkan kenderaan dengan mudah. Selalunya tempat ini memang sibuk sedikit. Sebelum masuk ke pasar raya tersebut , banyak yang aku fikirkan tentang apa yang perlu di cari nanti. Susu anak ... dah nak dekat habis , pampers dan beras. "Kalau murah bolehla beli, kalau tak beli tempat lain jer" dalam hati. Ketika aku meninjau-ninjau barang-barang yang aku perlukan ,kedengaran surah Yasin berkumandang. Aku pastikan ianya memang dari dalam pasaraya tersebut. Terasa sungguh syahdu , di pagi bulan Ramadhan terus menusuk menusuk halwa telinga. ...