Esok diri ini bersama keluarga akan pulang ke kampung, hari ini diri ini telah menghubungi emak dikampung bertanyakan khabar. Alhamdulillah , semuanya sihat-sihat belaka. Ayah dah mula untuk menggoreng kacang bagi keperluan hari raya nanti.
Tatkala diri ini masih masih di pejebat, tidak banyak benda yang perlu dibuat kerana semua orang dalam "mood" hari raya. Kalau tidak kerana anak-anak yang bersekolah sehingga hari Jumaat ini, sudah tentu awal-awal lagi diri ini dah angkat kaki balik kampung.
Tiba-tiba diri ini teringatkan seorang yang insan yang dah lama diri ini tidak menjenguk, ada ramai sebenarnya tetapi diri ini akan mengingatkan insan ini bila tiba bulan Ramadhan dan Hari Raya. Tak tahu kenapa. Pantas jari-jari ini menaip diruangan google "melayu okinawa".
Oh... rupanya masih seperti dulu... , anak-anaknya pun sudah besar-besar dan telah masuk ke alam pekerjaan. Entahlah , tak tahu dia masih ingat tak kat diri ini. Diri ini melihat lembaran demi lembaran didalam blog awan okinawa berlalu... mana tahu masih adalipatan kenangan dulu-dulu. Ahh ... masakan diri ini yang jarang-jarang menghubungi beliau ini masih lagi dalam ingatan.
Seketika diri ini tersenyum, Seminggu awal di okinawa, masih dalam bulan puasa, tiba-tiba demam. Walaupun cuacanya agak cerah namun suhunya masih rendah berbanding di Malaysia. Masakan yang terlalu berbeza dicampur perasaan rindu pada keluarga , isteri dan anak-anak. Bila dicampur adukkan hasilnya diri ini dihantarkan ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Tatkala itulah, buat pertama kali diri ini melayari blognya. Meminta dimasakkan bubur nasi. Hmm... tanpa kenal siapa diri ini... beliau telah menghantar bubur itu melalui seorang pelajar ke tempat diri ini berkursus. Salam perkenalan tersebut telah mendampingi diri sepanjang 6 bulan di sana.
Di sini, diri ini ingin mengambil kesempatan bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri kepada Kak Lela Sekeluarga di Okinawa. Ampun Maaf dipinta. minta dihalalkan makan dan minum semoga Kak Lela sekeluarga sentiasa bahagia.
Sekian, Wasallam

salam tuan rumah,
ReplyDeletekomen yg panjang lebar sini dah lenyap. mungkin terhilang apabila tuan rumah berkemas untuk raya!
Selamat Hari Raya
DeleteIni kisah Saya dengan Kak Lela...terima kasih Kak Lela
Delete